Ceramah Penyelidikan oleh Dr. Mohammad Ismail di Suranaree University of Technology, Thailand

Oleh: Dr. Nazaitulshila Rasit

Dr. Mohammad Ismail yang merupakan ahli akademik daripada Program Sarjana Muda Sains Gunaan (Fizik Elektronik & Instrumentasi) telah dijemput oleh Suranaree University of Technology, Thailand pada 9 Mac 2017 untuk menyampaikan ceramah penyelidikan yang bertajuk “Current and Progress Research in Solid-State Hydrogen Storage Materials in Universiti Malaysia Terengganu”. Beliau juga telah dijemput untuk menjadi penilai luar bagi pembentangan proposal seorang pelajar PhD di universiti yang sama iaitu Miss Sukanya Meethom. Pada kunjungan tersebut, Dr. Mohammad juga telah diberi kesempatan untuk melawat Synchrotron Light Research Institute yang merupakan satu-satunya institut seumpamanya di Asia Tenggara. Berikut adalah gambar yang sempat dirakam semasa beliau berada di sana.

whatsapp-image-2017-03-09-at-9-13-17-am
Dr. Mohammad Ismail sedang menyampaikan ceramah penyelidikan
whatsapp-image-2017-03-09-at-9-13-49-am
Bergambar selepas selesai sesi pembentangan proposal pelajar PhD di sana
whatsapp-image-2017-03-09-at-3-34-53-pm
Ketika sesi lawatan ke Synchrotron Light Research Institute
whatsapp-image-2017-03-09-at-3-33-04-pm
Dr. Mohammad menyampaikan cenderahati bagi pihak PPKK kepada Dean School of Chemistry, Suranaree University of Technology

Translate »
Portal UMT