ENTECH Cakna Isu Kebersihan Pantai Teluk Ketapang

Pada 11 Mac 2017 yang lalu, Kelab Teknologi Alam Sekitar (ENTECH), Universiti Malaysia Terengganu telah menjalankan sebuah program kemasyarakatan iaitu “Program Beach Clean Up ENTECH 2017” di Pantai Teluk Ketapang, Kuala Nerus. Program ini disertai oleh hampir 150 orang ahli Kelab ENTECH UMT dan juga pensyarah daripada Pusat Pengajian Kejuruteraan Kelautan (PPKK), UMT. Pengarah program Beach Clean Up ENTECH 2017, Saudara Bernard Le How Kiat berkata, pemilihan Pantai Teluk Ketapang dilakukan atas keprihatinan kelab mengenai pantai ini yang merupakan kawasan tumpuan pelancong daripada dalam dan luar negara. Kawasan pantai ini merupakan kawasan tumpuan pelancong dan pihak kami merasa bertanggungjawab untuk bersama membersihkan kawasan pantai ini untuk keselesaan orang awam dan pelancong yang datang ke pantai ini. Program selama satu jam setengah yang bermula pada jam 9.00 pagi ini berjaya mengumpul hampir 140 kg sampah yang kebanyakannya adalah bekas polisterin, plastik, dan bekas minuman. Salah seorang peserta yang hadir berkata, program ini merupakan satu program yang cukup baik dalam memberikan kesedaran mengenai kepentingan kebersihan pantai kepada ekosistem pantai khususnya selain mampu merapatkan hubungan silaturrahim antara ahli kelab yang terlibat. Program ini juga satu program yang baik untuk memupuk sifat sayangkan alam sekitar dalam kalangan masyarakat dan patut dijadikan sebagai satu aktiviti tahunan. Selain program pembersihan pantai, aktiviti sukaneka yang disertai oleh peserta dan juga pensyarah juga turut dijalankan. Program ini berakhir pada jam 12.00 tengah hari selepas semua sampah yang telah berjaya dikumpulkan diserahkan kepada pihak yang bertanggungjawab untuk dilupuskan.

17155952_1349042565160889_6215468943696466408_n

img-20170311-wa0028

img-20170311-wa0027

img-20170311-wa0026

img-20170311-wa0029

17103275_1349042615160884_2972466488225859345_n

17155361_1349042555160890_8726696220075032774_n

Translate »
Portal UMT