33 Pelajar Program SMT (AS) Dalami Teknik Analisis Data Eksperimen Bersama Dr Norazian Dari UNIMAP

poster

21 Mac 2017 (Selasa) – Dalam usaha mempertingkatkan mutu dan kemahiran penyelidikan di kalangan pelajar, Pusat Pengajian Kejuruteraan Kelautan dengan kerjasama Penyelaras Projek Ilmiah Tahun Akhir Program Sarjana Muda Teknologi (Alam Sekitar) telah mengambil inisiatif menganjurkan satu sesi ceramah bertajuk “Analisis Data Eksperimen: Tips dan Teknik” bertempat di Bilik Kuliah 4, Aras 2, PPSMS.

Ceramah ini telah disampaikan oleh Penceramah jemputan dari Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP), Dr Norazian Mohamed Noor. Beliau merupakan penyelidik yang aktif dalam bidang Pengajian Kualiti Udara dan juga merangkap Penyelaras Jaringan Industri & Jaminan Kualiti dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Alam Sekitar, UNIMAP. Program ini merupakan sebahagian daripada aktiviti di dalam kalendar pelaksanaan PITA 2 bagi Sesi 2016/2017. Seramai 33 pelajar Tahun 4 dari Program Sarjana Muda Teknologi (Alam Sekitar) telah mengikuti sesi berkenaan dan berpeluang mendalami pelbagai teknik statistik asas khususnya melibatkan penyelidikan kuantitatif menggunakan perisian SPSS.

gambar-2

gambar-1

Translate »
Portal UMT