Pelajar PPKK menyertai LIMA’17

Oleh: Dr. Nazaitulshila Rasit

Pada 22 – 23 Mac 2017 yang lalu, seramai 29 orang mahasiswa dan 3 orang pegawai mewakili 4 buah kelab di PPKK telah berada di Langkawi bersempena Langkawi International Maritime and Aerospace Exhibition 2017 (LIMA’17). Pada hari pertama, peserta telah berada di Mahsuri International Exhibition Center (MIEC) bagi menyaksikan pameran pegun jet pejuang dan formasi jet pejuang daripada negara seperti Indonesia, Korean Selatan dan Singapura. Selain itu,terdapat pelbagai pameran industri yang melibatkan bidang aeroangkasa. Seterusnya pada hari kedua, peserta daripada PPKK telah menjejakkan kaki ke Resort World Langkawi untuk melawat pameran-pameran dan teknologi baru yang berkaitan dengan maritim. Antara yang menarik adalah pameran aset Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Selain itu pelajar-pelajar juga berpeluang untuk melawat kapal-kapal perang dari luar negara. Lawatan ini telah memberikan pendedahan kepada mahasiswa berkaitan kemajuan sistem pertahanan udara, jet pejuang dan skop aeroangkasa dengan lebih menarik di depan mata sendiri dan lawatan ini juga telah memanfaatkan mahasiswa terutamanya daripada PPKK dengan teknologi industri dan isu-isu semasa terkini di seluruh dunia dengan mengunjungi LIMA’17 ! Berikut adalah kenangan yang sempat dirakam ketika berada di LIMA’17.

 17457506_1359633217435157_7955351694906445167_n

17425878_1359634804101665_3468429371273612785_n

17457442_1359633450768467_9069123993316434812_n

17458146_1359635724101573_8457184631500474194_n

17457476_1359632347435244_4612251104143593989_n

17349873_1360576097340869_4164398713125035748_o

17358788_1360576094007536_4573701744794148373_o

17426362_1359634070768405_2497471850642303645_n

17435995_1359632677435211_8036135533731277748_o

17493189_1360576840674128_191429902502297673_o

17436347_1359631540768658_5750561473598701722_o

17504560_1360576047340874_1817761029141324827_o


Translate »
Portal UMT