ENTECH Selami Jiwa Anak-Anak Muda UMT

Oleh: Nur Suzana Ratnasari

Pada 24 Mac 2017 yang lalu, Kelab Teknologi Alam Sekitar (ENTECH), Universiti Malaysia Terengganu telah mengadakan program Talk Aiman Banna (Tika Terasa Pahitnya Dunia) dengan menjemput pendakwah muda yang terkenal di media sosial masa kini iaitu Mujahid Aiman bin Rumawi atau lebih dikenali sebagai Aiman Banna. Seramai lebih dari 200 orang pelajar UMT telah menghadiri majlis ini dan juga pensyarah UMT. Pengarah program Talk Aiman Banna (Tika Terasa Pahitnya Dunia), saudari Faridah binti Mohd Hassan berkata, menjemput Aiman Banna untuk selami hati para pelajar UMT adalah pilihan yang tepat dan melalui ceramahnya mampu memberi solusi kepada para pelajar menghadapi dunia yang penuh onak duri ini dengan cara yang positif. Bukan itu sahaja, program ini secara tidak langsung dapat menyelusupi hati para pelajar yang diselubungi oleh perasaan yang sukar ditepis dengan kata-kata cinta dari Ilahi. Program ini telah berlangsung selama dua jam tiga puluh minit bermula pada pukul 3.00 petang hingga 5.30 petang. Beberapa Pelajar UMT yang menyertai program ini berkata bahawa pendekatan yang digunakan oleh penceramah sangat bagus kerana mampu menyentuh hati mereka hingga menitiskan air mata. Entech sangat bagus kerana telah melaksanakan program seperti ini, kata mereka lagi. Selepas program selesai, jualan buku-buku hasil nurkilan Aiman Banna dilaksanakan malah ada sesi autograf bersama beliau. Harapan semua pelajar agar program seperti ini dapat dilaksanakan lagi dikemudian hari.

 

Translate »
Portal UMT