Dialog Pelajar ENTECH Bersama KWSP dan PERKESO

Oleh: Thurga Devi

Pada 25 Mac 2017 yang lalu, program dialog pelajar tahun akhir ENTECH bersama Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah diadakan. Program ceramah penerangan daripada dua orang wakil daripada KWSP iaitu Encik Mohd Fadzlee bin Alwi dan Encik Mawardi bin Kamaruzzaman iaitu Pegawai Penerangan Simpanan Persaraan KWSP. Selain itu, seorang wakil daripada PERKESO turut memberikan ceramah iaitu Encik Safarul Faizam bin Salleh (Pegawai Penguatkuasa PERKESO Terengganu). Mereka telah memberikan ceramah mengenai fungsi organisasi masing-masing dan hak-hak seorang pekerja. Selain daripada itu, sesi dialog juga diadakan diantara pelajar dan penceramah. Dalam sesi ini, pelajar diberi peluang untuk mendapatkan maklum balas mengenai isu dan persoalan mengenai KWSP dan PERKESO. Program ini telah membantu pelajar tahun akhir khusunya untuk memahami mengenai hak mereka sebagai seorang pekerja. Selain itu, segala persoalan mengenai organisasi yang terlibat juga terjawab dengan berlangsungnya program ini.

Translate »
Portal UMT