Minggu Seminar Kaedah Penyelidikan Projek Tahun Akhir

By: Dr. Wan Rafizah Wan Abdullah

Minggu Seminar Kaedah Penyelidikan Projek Tahun Akhir bagi Program Sarjana Muda Teknologi (Alam Sekitar) membuka tirai dengan penganjuran kursus Penvisualan Data dan Perisian Graf Menggunakan OriginPro. Sesi yang telah berlangsung di Makmal CAD, PPKK pada 13 April 2017 ini telah menarik penyertaan seramai 28 pelajar tahun 4 SMT (Alam Sekitar) dan dikendalikan oleh Dr Wan Rafizah Wan Abdullah, Pensyarah Kanan, PPKK yang juga merangkap Penyelaras PITA Sesi 2016/2017.

Minggu Seminar Penyelidikan Projek Tahun Akhir dijadualkan berlangsung sepanjang 13 – 20 April 2017 dan menawarkan empat siri kursus pendek yang bertujuan untuk mendedahkan pelajar kepada teknik kaedah penyelidikan dan hands-on penggunaan perisian atau aplikasi terkini dalam melaksanakan projek penyelidikan tahun akhir.

 

Translate »
Portal UMT