Kursus Kejurulatihan Spesifik Pelayaran Tahap 1

Oleh: Dr. Nazaitulshila Rasit

Baru-baru ini, Pusat Pengajian Kejuruteraan Kelautan, UMT bersama Terengganu Windsurfing Associate (TWSA) telah menganjurkan Kursus Kejurulatihan Spesifik Pelayaran Tahap 1. Kursus ini telah disertai oleh 11 orang pelajar program SMS (Sains Nautika dan Pengangkutan Maritim) beserta 3 orang staf PPKK. Kursus yang berlangsung selama 7 hari bertempat di Kementerian Belia dan Sukan Duyong Marina Resort, Kuala Terengganu ini juga telah disertai oleh 47 peserta dari bekas atlet pelayaran Malaysia, Jurulatih Negeri, Guru dari sekolah seluruh Malaysia, Pegawai Institut Sukan Negara, Pegawai Majlis Sukan Negara, Pegawai TLDM dan pelajar daripada universiti lain. Objektif kursus ini adalah untuk memahami aspek undang-undang dan peraturan di dalam pelayaran disamping menyediakan peserta/pelajar untuk melatihkan diri serta mengaplikasikan ilmu yang dipelajari kepada pelayar-pelayar baru di UMT. Di akhir kursus ini, semua peserta daripada PPKK, UMT telah lulus ujian praktikal dan teori untuk ditauliahkan sijil penyertaan. Berikut adalah gambar yang sempat diambil ketika kursus diadakan.

 

Para peserta bergambar bersama


 

Penyerahan sijil penghargaan kepada pengajar/ jurulatih utama
Penyerahan sijil penghargaan kepada pengajar/ jurulatih utama

#UMTsohor

#ILoveUMT

#UMT15Tahun

#Sambutan15TahunUMT

#UMTsoaringupwards

#SoaringUpwards

#BeautifulTerengganu

#TahunMelawatTerengganu2017

#VisitTerengganu2017

Translate »
Portal UMT