Penyelidik PPKK menang 6 Emas dan 4 Perak di Minggu Penyelidikan dan Inovasi 2017

Oleh: Dr. Nazaitulshila Rasit

Beberapa orang penyelidik daripada Pusat Pengajian Kejuruteraan Kelautan telah menyertai Minggu Penyelidikan & Inovasi 2017 (MPI’17). MPI’2017 telah diadakan pada 12-13 April 2017 bertempat di Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu (PSKT), Kampung Laut, Chendering. MPI’17 merupakaan unjuran usahasama Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Universiti Sultan Zainal Abidin (UnisZA) dan TATI Universiti Kolej (TATIUC). Secara keseluruhannya, sebanyak 98 produk telah menyertai pertandingan MPI’17 yang merangkumi 62 staf dan 36 pelajar daripada UMT.
Bertemakan “Memperkasa Kreativiti Dan Inovasi Melalui Penyelidikan”. Program ini diadakan untuk berkongsi dan menyebarluaskan hasil penyelidikan dan inovasi penyelidik dan pelajar. Program ini juga bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dikalangan warga UMT, UnisZA dan TATIUC serta masyarakat sekitar terhadap penggalakan inovasi diperingkat nasional.
MPI’17 telah memperlihatkan penyelidik PPKK setanding dengan penyelidik di pusat pengajian lain apabila telah memenangi 6 pingat emas dan 4 pingat perak. Senarai pemenang pada MPI’17 adalah seperti berikut:
Pingat Emas:
  1. Prof. Dr. Wan Norsani Wan Nik
  2. Prof. Madya Dr. Oladokun Sulaiman Oladukun Olanrewaju
  3. Dr. Mohammad bin Ismail
  4. Dr. Lam Su Shiung (2 pingat emas)
  5. Chong Min Yee – pelajar
  6. Nam Wai Lun – pelajar

Pingat Perak:

  1. Prof. Madya Dr. Oladokun Sulaiman Oladukun Olanrewaju
  2. Dr. Nurul Hayati binti Idris
  3. Dr. Lam Su Shiung
  4. Neo Wei Sheng – pelajar

PPKK mengucapkan setinggi-tingi tahniah kepada semua penyelidik dan semoga menjadi inspirasi kepada penyelidik-penyelidik yang lain. Berikut adalah gambar yang sempat dirakam ketika MPI’17 berlangsung.

Translate »
Portal UMT