Minggu Seminar Kaedah Penyelidikan Projek Ilmiah Tahun Akhir (PITA) Pelajar ENTECH

Oleh: Dr. Nazaitulshila Rasit & Dr. Wan Rafizah Wan Abdullah

Minggu Seminar Penyelidikan Projek Tahun Akhir bagi pelajar SMT (Alam Sekitar) telah berjalan dengan lancar sepanjang sepanjang 13 – 20 April 2017. Tiga siri kursus pendek yang bertujuan untuk mendedahkan pelajar kepada teknik kaedah penyelidikan dan hands-on penggunaan perisian atau aplikasi terkini dalam melaksanakan projek penyelidikan tahun akhir telah dilaksanakan oleh 3 pensyarah iaitu Dr. Wan Rafizah Wan Abdullah, Dr. Nazaitulshila Rasit dan YM Dr. Tengku Azmina Engku Ibrahim.

Penganjuran kursus Penvisualan Data dan Perisian Graf Menggunakan OriginPro merupakan kursus pertama yang dilaksanakan dan telah dikendalikan oleh Dr. Wan Rafizah Wan Abdullah, pensyarah kanan, PPKK yang juga merangkap penyelaras PITA sesi 2016/2017. Sesi yang telah berlangsung di Makmal CAD, PPKK pada 13 April 2017 ini telah menarik penyertaan seramai 28 pelajar tahun 4 SMT (Alam Sekitar),

Siri kedua kursus ini telah dikendalikan oleh Dr. Nazaitulshila pada 19 April 2017 yang bertajuk Penyuntingan Tesis dan Pengurusan Rujukan Menggunakan Aplikasi Mendeley. Kursus tersebut telah menarik minat penyertaan seramai 30 orang pelajar.

Siri terakhir dalam minggu seminar ini adalah kursus bertajuk Menjalankan Kajian Manusia: Pendekatan, Pelan Rekabentuk, Contoh Penentuan & Data Analisis menggunakan SPSS telah dilaksanakan pada 20 April 2017 dan telah disampaikan oleh YM Dr. Tengku Azmina Engku Ibrahim.

Dengan berakhirnya kursus ini, diharapkan pelajar tahun akhir yang sedang dalam proses akhir menyiapkan tesis agar dapat memanfaatkan sepenuhnya apa yang telah dipelajari sepanjang seminar ini diadakan.

Dr Wan Rafizah sedang menyampaikan syarahan pada kursus Penvisualan Data dan Perisian Graf Menggunakan OriginPro
Dr. Nazaitulshila sedang menyampaikan syarahan pada kursus Penyuntingan Tesis dan Pengurusan Rujukan Menggunakan Aplikasi Mendeley
Dr. Tengku Azmina sedang menyampaikan syarahan pada kursus Menjalankan Kajian Manusia: Pendekatan, Pelan Rekabentuk, Contoh Penentuan & Data Analisis menggunakan SPSS
Pelajar-pelajar yang menyertai seminar sedang tekun mendengar syarahan
Pelajar-pelajar yang menyertai seminar sedang tekun mendengar syarahan
Pelajar-pelajar yang menyertai seminar sedang tekun mendengar syarahan
Semua pelajar yang menyertai seminar ini bergambar bersama Dr Wan Rafizah
Semua pelajar yang menyertai seminar ini bergambar bersama Dr Tengku Azmina
Semua pelajar yang menyertai seminar ini bergambar bersama Dr Nazaitulshila

Translate »
Portal UMT