World Ocean Week (WOW) 2017

Oleh: Nabila Syahida Mohd Azmi

PANTAI TELUK KETAPANG, 13 Mei 2017 –  World Ocean Week (WOW) 2017 anjuran UMT – Universiti Malaysia Terengganu berlangsung di Pantai Teluk Ketapang meriah dengan pelbagai aktiviti. Turut terlibat dalam pameran ialah Pusat Pengajian Kejuruteraan Kelautan – PPKK UMT. Kumpulan petugas dibahagikan kepada sesi pagi untuk pelajar Teknologi Alam Sekitar dan Teknologi Maritim manakala sesi petang pula dikendalikan oleh pelajar dari pelajar Fizik (Elektronik & Instrumentasi) dan Sains Nautika. Ruang pameran PPKK dimeriahkan dengan kehadiran Professor Dato’ Dr. Nor Aieni binti Haji Mokhtar selaku Naib Canselor UMT, Dekan PPKK dan beberapa orang pensyarah. Diharapkan UMT akan terus menganjurkan program sebegini dengan lebih kerap bagi menyedarkan orang awam terutamanya akan kepentingan menjaga persisir pantai dan persekitaran lautan.

Translate »
Portal UMT