3 Alumni PPKK lulus peperiksaan lisan ‘Officer in Charge of Navigational Watch of 500GT or more Unlimited Trade Voyages’

Tanggal 17 Jun yang lalu, tiga orang alumni Pusat Pengajian Kejuruteraan Kelautan yang mengambil kursus Sarjana Muda Sains Nautika dan Pegangkutan Maritim telah lulus dengan jayanya peperiksaan lisan bagi perakuan kecekapan (Certificate of Competency)  ‘Officer in Charge of Navigational Watch of 500GT or more Unlimited Trade Voyages’ yang dikeluarkan oleh Jabatan Laut Malaysia

Mohammad Azariza Sazwan, Yeap Chee Kah dan Sri Balamurugan Manokaran yang juga penerima ijazah kelas pertama, telah memulakan karier sebagai pegawai kadet dek ketika latihan industri di Syarikat perkapalan ‘American Presiden Line’ (APL) yang berpengkalan di Singapura bagi mengumpul ‘sea time’ dan menjalani latihan-latihan tertentu sebelum layak menduduki peperiksaan lisan tersebut sepertimana yang telah termaktub di dalam konvensyen antarabangsa ‘STCW 78 as as amended’ (Standard of Training Certification and Watchkeeping for Seafarers) . Dengan adanya perakuan kecekapan ini, mereka bertiga berpeluang untuk berkhidmat di atas kapal sebagai ‘Third Officer’ di mana-mana syarikat perkapalan di seluruh dunia tanpa had batasan pelayaran disamping gaji yang lumayan.

Kejayaan ketiga-tiga alumni ini menjadi kebanggaan kepada Pusat Pengajian Kejuruteraan Kelautan dan juga program Sarjana Muda Sains Nautika dan Pengangkutan Maritim sekaligus merealisasikan salah satu matlamat program untuk melahirkan graduan yang boleh berkhidmat di atas kapal dagang sebagai Pegawai Navigasi. Berikut adalah biodata ringkas alumni yang terlibat:

Nama: Mohammad Azariza Sazwan bin Mohd Zamri

Negeri Kelahiran: Kedah

Tarikh Lahir: 21 Januari 1991  

Nama: Sri Balamurugan Manokaran

Negeri Kelahiran: Perak

Tarikh Lahir: 29 Julai 1991

Nama: Yeap Chee Kah

Negeri Kelahiran: Pulau Pinang

Tarikh Lahir: 4 Ogos 1991 

 

Translate »
Portal UMT