Kejayaan Pelajar FEDI dan ENTECH di NRIC 2017

Oleh: Dr. Nazaitulshila Rasit

“Novel Research and Innovation Competition (NRIC) 2017)” merupakan acara tahunan yang telah dianjurkan oleh Universiti Sains Malaysia. Pada tahun 2017, NRIC telah diadakan pada 16-17 Ogos 2017 yang lepas. NRIC merupakan satu platform pertandingan yang berprestij dengan matlamat untuk menanamkan kepentingan penyelidikan dan pembangunan dalam pembangunan insan penyelidik. Pertandingan ini membuka peluang kepada peserta sekali dalam seumur hidup untuk melaksanakan bakat dan kreativiti mereka ke dalam projek yang telah dijalankan dan dipamerkan kepada pihak industri. Di antara sub kategori yang dipertandingkan adalah sains dan kehidupan, kejuruteraan & teknologi, sains kesihatan & perubatan, transformasi sosial & seni kreatif, teknologi maklumat & komunikasi dan sains asas.

Sejak 2011, kategori tambahan telah diperkenalkan iaitu Pertandingan Penyelidikan & Inovasi Komuniti (CoRIC). CoRIC merupakan persaingan berorientasi viva, yang menghendaki para peserta untuk membentangkan idea mereka tentang bagaimana untuk membuat dunia yang lebih baik di depan para hakim. Pasukan yang berjaya dengan idea yang paling menawan akan diberi modal untuk membuat idea mereka menjadi kenyataan.

Pada tahun ini, PPKK telah menghantar beberapa orang pelajar daripada Program Sarjana Muda Sains Gunaan (Fizik Elektronik & Instrumentasi) (FEDI) dan Sarjana Muda Teknologi (Alam Sekitar) (ENTECH). Pada pertandingan tersebut, pelajar-pelajar PPKK telah menunjukkan potensi masing-masing apabila memperoleh kejayaan sebagaimana berikut:

  1. Perak
  • Wan Mohamad Ikhmal Wan Kamaruzzaman (FEDI)
  • Syafiqah Salehuddin Al-Ayubbi (FEDI)
  • Hamizah Shaari (FEDI)
  • Phang Xue Yee (ENTECH)
  • Chong Min Yee (ENTECH)
  • Nam Wai Lun (ENTECH)
  • Dr Lam Su Shiung (ENTECH)

2. Gangsa

  • Kek Kah Teik, Dr Ahmad Nazri Dagang & Dr Poh Seng Chee (FEDI)
  • Neo Wei Sheng, Dr Wan Hafiza Wan Hassan & Dr Wan Mariam binti Wan Muda (FEDI)

3. 2nd Runner Up of CoRIC2017

  • Nam Wai Lun (ENTECH)
  • Su Man Huan (ENTECH)
  • Phang Xue Yee (ENTECH)
  • Dr Lam Su Shiung (ENTECH)

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang yang telah berjaya mengharumkan nama PPKK dan UMT umumnya. Semoga kejayaan ini akan menjadi pencetus semangat kepada penyelidik-pemyelidik lain di UMT untuk meningkatkan lagi kualiti hasil penyelidikan masing-masing untuk dibawa ke pertandingan sebegini. Berikut adalah beberapa gambar yang sempat dirakamkan ketika memenangi NRIC & CoRIC 2017.

Translate »
Portal UMT