Majlis Kenali PPKK 2017

Disediakan oleh: Nazaitulshila Rasit

Pada 7 September 2017 yang lalu, bersempena dengan Majlis Jalinan Mesra pelajar baharu sesi 2017/2018 UMT, satu Majlis Kenali Pusat Pengajian Kejuruteraan Kelautan (PPKK) telah diadakan bertempat di BK1-01, Kompleks Kuliah Pusat. Majlis ini diadakan bagi memberi pengenalan kepada pelajar baharu terhadap struktur akademik program yang disertai, memperkenalkan sistem pengurusan pentadbiran pusat pengajian, memperkenalkan pegawai akademik dan pegawai sokongan setiap program serta diakhiri dengan program bersama mentor-mentee masing-masing. Pada sesi pengajian 2017/2018 ini, seramai 271 orang pelajar telah berdaftar di bawah Pusat Pengajian Kejuruteraan Kelautan. Daripada jumlah tersebut, seramai 101 orang pelajar telah berdaftar di bawah program Sarjana Muda Teknologi (Alam Sekitar), 65 orang pelajar telah berdaftar di bawah program Sarjana Muda Sains Gunaan (Fizik Elektronik & Instrumentasi),  70 orang pelajar telah berdaftar di bawah program Sarjana Muda Sains Gunaan (Teknologi Maritim) dan 35 orang pelajar telah berdaftar di bawah program Sarjana Muda Sains (Sains Nautika dan Pengangkutan Maritim).

Wajah-wajah ceria pelajar baharu PPKK sesi 2017/2018
Sebahagian pelajar baharu PPKK sesi 2017/2018
Kehadiran ahli akademik ke program Kenali PPKK
Sebahagian ahli akademik yang hadir ke program ini
Sebahagian ahli akademik yang hadir ke program ini
Ucapan aluan oleh YBhg Dekan PPKK, Prof. Ir. Dr. Ahmad Jusoh
Taklimat akademik oleh YBhg Timbalan Dekan (Akademik & HEP), Prof. Madya Dr. Mohamad Awang
Fasilitator yang terdiri daripada pelajar-pelajar senior PPKK

 

Translate »
Portal UMT