Indonesia Outreach Program

Seramai 10 orang mahasiswa tahun 3 Sarjana Muda Sains Nautika & Pengangkutan Maritim bersama 2 staff telah mengadakan program di Indonesia sepanjang 6 hari untuk tujuan pertukaran ilmu dengan institusi di Jakarta & Bandung. Di antara tempat yang dilawati adalah Muzium Maritim Bahari, Jakarta. Disini, kami mendapat pengetahuan lebih mendalam tentang sejarah maritim di Indonesia. Kemudian, lawatan ke Sekolah Tinggi Ilmu Pelayaran (STIP) di Jakarta, Indonesia telah diadakan. STIP merupakan salah satu akademi di bawah naungan Badan Diklat Perhubungan Republik Indonesia yang menghasilkan pelbagai professional dalam bidang perkapalan seperti nautika, teknika, dan juga pengurusan.

Translate »
Portal UMT