Haluan Siswa & Mentor Mentee FEDI

Program Haluan Siswa 2017/2018 dan Program Mentor Mentee  merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Kelab Mahasiswa Fizik (KEMAFIZ) yang melibatkan mahasiswa dan mahasiswi Program Sarjana Muda (Sains Gunaan) Fizik Elektronik dan Instrumentasi (FEDI) , Pusat Pengajian Kejuruteraan Kelautan (PPKK). Program ini diharapakan dapat melatih jawatankuasa pelaksana Program Haluan Siswa 2017/2018 dan Program Mentor Mentee untuk mempelajari bidang pengurusan acara serta meningkatkan kredibiliti kepimpinan dalam kalangan ahli KEMAFIZ. Seterusnya, aktiviti ini akan dapat melahirkan generasi muda yang sihat dan cergas, serta dapat aktif dalam semua bidang.

Program ini telah diadakan pada 21-23 September 2017 yang lalu di kampus UMT bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara ahli kelab Kelab Mahasiswa Fizik (KEMAFIZ) yang terdiri daripada para pelajar Tahun Satu, Tahun Dua, dan Tahun Tiga, alumni KEMAFIZ dan para pensyarah kursus Fizik Elektronik dan Instrumentasi. Program ini juga memberi pendedahan keseluruhan tentang program Fizik Elektronik dan Instrumentasi serta memberi tip-tip bagi menempuh hidup sebagai seorang mahasiswa/i sepanjang berada di  UMT.

Di antara aturcara yang telah dijalankan sepanjang program ini berlangsung adalah sesi suai kenal pelajar “ice breaking”, “cheer song”, membina logo kumpulan, eksplorasi, senam robik dan juga sesi bersama mentor mentee. Program Haluan Siswa 2017/2018 ini adalah merupakan aktiviti kelab dan pusat pengajian yang melibatkan warga Program FEDI. Semoga aktiviti yang telah diadakan ini mendapat manfaat dan segala maklumat yang disampaikan dapat digunapakai dengan baik bagi semua pelajar baharu FEDI sesi 2017/2018.

Acara ice breaking pada malam pertama Minggu Haluan Siswa 2017/2018
Acara Senam robik pada hari kedua Minggu Haluan Siswa 2017/2018
Menara FEDI yang dibina dengan hanya menggunakan chopstick dan getah dalam masa 40minit
Bergambar bersama menara FEDI
Latihan dalam kumpulan

 

Ucapan Pengerusi Program FEDI, Dr Ahmad Nazri bin Dagang sempena Majlis Perasmian Penutup
Sesi Mentor Mentee
Sesi Mentor Mentee
Sesi Mentor Mentee
Sesi Mentor Mentee

 

Majlis Penutup Minggu Haluan Siswa 2017/2018
Gambar berkumpulan para pelajar SMSG FEDI bersama para pensyarah sempena program mentor mentee

Translate »
Portal UMT