TM Survival Camp @ Pulau Kapas

Sudah diketahui umum bahawa bidang prospek kerjaya bagi pelajar Teknologi Maritim berkait rapat dengan perkapalan, lautan dan struktur luar pantai. Oleh itu amat penting untuk mempersiapkan semua mahasiswa dengan ilmu kecemasan di laut dan ilmu ketahanan fizikal.

Pada 11-13 Sept 2017 seramai 65 orang yang terdiri daripada pelajar tahun 4 Teknologi Maritim, staff dan pegawai perubatan telah menjayakan program Survival Camp in Kapas Island. Kami telah berkampung selama 3hari 2 malam di Longsha Campsite, Pulau Kapas. Tujuan program ini diadakan untuk memberi pendedahan awal kepada semua mahasiswa tentang ilmu pelayaran, isyarat kecemasan dan tindakan yang sepatutnya dilakukan ketika kecemasan berlaku. Program ini juga mempraktikkan ilmu pembelajaran di dalam kelas kepada situasi sebenar ketika pelayaran dan kehidupan di pulau.

Program ini diuruskan sepenuhnya oleh pelajar tahun 4 Teknologi Maritim sendiri. Disana kami menginap di tapak perkhemahan dan memasak makanan harian sendiri. Di sini kami dapat menguatkan daya tahanan fizikal dan mental dan merapatkan silaturrahim diantara kami. Sesi survival dan bantuan kecemasan telah ditunjuk ajar oleh En Hafiz (staff nautika) semasa di Pulau Kapas. Kami telah mempelajari cara untuk menyelamatkan kawan yang kesakitan ketika di dalam air.

Selain daripada menikmati indahnya flora dan fauna di Pulau Kapas, pelbagai ilmu dan pengalaman boleh diperolehi daipada program ini. Oleh itu diharap program seperti ini dapat diteruskan oleh pelajar junior daripada semasa ke semasa.

Translate »
Portal UMT