Lawatan Ilmiah MRSM Kota Putra ke PPKK

Pada 2 September 2018 yang lalu, PPKK telah menerima tetamu daripada pelajar-pelajar MRSM Kota Putra. Lawatan ilmiah ini melibatkan seramai 62 orang pelajar sekolah MRSM Kota Putra bersama 7 guru pengiring. Lawatan ini merupkan sebahagian dari program “Coal to Diamond Project” untuk para pelajar tingkatan 5, di mana pihak maktab berhasrat untuk memberikan pendedahan berkaitan bidang kejuruteraan, perniagaan, logistik dan lain-lain kepada para pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM 2018 dan seterusnya dapat memilih bidang kerjaya utama pilihan mereka. Pelajar-pelajar tersebut telah dibawa melawat ke simulasi kapal dan taklimat diberikan berkaitan dengannya.

Portal UMT