Program Pelayaran bersama Kapal Layar Diraja (KLD) Tunas Samudera

Program pelayaran 375/18 (Voy 375/18) telah dijalankan pada 2 September 2018 yang lalu melibatkan pelatih yang merupakan pelajar jurusan Sarjana Muda Sains (Sains Nautika & Pengangkutan Maritim) serta Sarjana Muda Sains Gunaan (Teknologi Maritim) daripada Universiti Malaysia Terengganu. Seramai 25 pelatih telah mengikuti Pelayaran Latihan Skim Belia bersama KLD Tunas Samudera (KLD TSA) dan destinasi pelayaran yang dituju adalah dari pengkalan TLDM Lumut, Perak sehingga ke Pulau Langkawi, Kedah.Antara objektif utama program adalah untuk memberikan pendedahan asas tentang ilmu kelautan dan pelayaran, memupuk kesedaran tentang budaya maritim dan juga kepentingan membentuk belia yang lebih proaktif.

Tahniah diucapkan kepada kesemua pelatih yang telah berjaya menamatkan pelayaran (Lumut – Langkawi – Lumut) selama 8 hari bersama kru Kapal Layar Diraja Tunas Samudera Voyage 375/18. Sepanjang pelayaran, awasan merah telah berjaya mendapati gelaran awasan terbaik. Selain daripada itu, tahniah diucapkan kepada pelatih Lin Shen Yoong dan Jayasri A/P Jeevaji Ganaesan daripada Program Sarjana Muda Sains (Sains Nautika & Pengangkutan Maritim) kerana telah menerima sijil pelatih terbaik lelaki dan perempuan sepanjang pelayaran ini.

Program ini telah berjaya meningkatkan lagi ilmu kelautan dan pelayaran, serta memupuk kesedaran tentang budaya maritim kepada mahasiswa mahasiswi PPKK terutamanya daripada program yang berkaitan. Semoga pengalaman sebagai anak kapal dapat dijadikan platform yang bermanfaat untuk mengharungi dan menerokai dunia kelautan kelak.

Portal UMT