Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

YBhg.Dato’/Prof./ Dr./Dekan Pusat Pengajian/Tuan/Puan,

Taklimat Kokurikulum kepada Pelajar yang Masih Gagal Mendaftar Kursus Kokurikulum Mengikut Skema Program Pengajian yang ditetapkan

Seperti yang telah sedia dimaklumi, setiap pelajar di peringkat Ijazah Sarjana Muda adalah diwajibkan untuk mengikuti sekurang-kurangnya satu (1) kursus kokurikulum dengan 2 jam kredit (bagi sesi pengambilan bermula 2018/19) atau 3 jam kredit (bagi sesi pengambilan 2017/18 dan sebelumnya) sebagai syarat bergraduat yang telah ditetapkan oleh Universiti Malaysia Terengganu. Bagaimanapun semakan oleh Pusat kokurikulum mendapati masih terdapat pelajar yang gagal mendaftar sebarang kursus kokurikulum mengikut skema pengajian program masing-masing.

Sehubungan dengan itu, Pusat Kokurikulum mengambil inisiatif untuk mengadakan satu taklimat khas bagi menyantuni pelajar-pelajar tersebut sebagaimana ketetapan berikut:
Tarikh        :        27 September 2018 (Khamis)
Masa        :        2.30 petang
Tempat        :        Dewan syed Jalaludin PPIMG
Sasaran        :

A :Pelajar Tahun Pertama :
1.SMS Komputer dan Informatik Maritim,
2.SMS (Sains Biologi),
3.SMS (Sains Kimia),
4.SMS Agroteknologi (Akuakultur),
5.SM Sains Gunaan (Perikanan),
6.SMS (Sains Nautika dan Pengangkutan Maritim),
7.SM Pengurusan (Maritim),
8.SMS Komputer (Kejuruteraan Perisian),
9.SM Sains Gunaan (Fizik Elektronik dan Instrumentasi),
10.SMS (Biologi Marin),
12.SM Sains Gunaan (Pemuliharaan dan Pengurusan Biodiversiti), SMS (Kimia Analisis Persekitaran)
13.SM Perakaunan, yang masih gagal mendaftar sebarang kursus ko-kurikulum pada Sem. 1 2018/19.

DAN
A) Pelajar tahun ke-2 dan ke atas dari semua program pengajian yang masih gagal mendaftar sebarang kursus kokurikulum sehingga  Sem. 1 2018/19.

Semoga perkara ini mendapat perhatian dan tindakan sewajarnya dari pihak-pihak yang berkaitan.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

(PROF. DATO’ DR SAHARUDDIN ABDUL HAMID)
Pengarah Pusat Kokurikulum

Portal UMT