PPKK menang 1 Anugerah Istimewa, 3 Emas dan 2 Perak di AIPP 2018

Pertandingan Amalan Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran (AIPP 2018) telah berlangsung pada 19 Disember 2018.
 
Seramai 11 orang warga Pusat Pengajian Kejuruteraan Kelautan yang terdiri daripada pensyarah dan pegawai sains kanan telah mempertandingkan 5 projek amalan inovasi yang dibahagikan kepada dua kategori iaitu Transformatif Tanpa Teknologi dan Transformatif Dengan Teknologi.
AIPP 2018 telah menganugerahkan Anugerah Istimewa kepada kumpulan En. Mohd Hafizi, Dr. Ahmad Faizal, En, Izhar dan Capt. Mohd Naim yang mempertandingkan projek “Everyone Can Sail”. Projek ini memenangi anugerah tersebut bagi kategori Transfomasi Tanpa Teknologi. 
 
3 projek lagi telah memenangi pingat emas manakala 2 projek telah memenangi pingat perak. Senarai pemenang adalah seperti berikut:
 
Pingat Emas:
 
1. Dr Suriani: EDUtablet
 
2. En. Mohd Hafizi, Dr Ahmad Faizal, En Izhar, Capt. Mohd Naim: Everyone can sail.
 
3. Dr. Aliashim Albani: AWWT Computator for teaching, learning and assessment process: A check and balance approach.
 
Pingat Perak:
 
1. Dr Suriani, Prof. Madya Dr. Mohamad Awang, Dr. Wan Rafizah: XPro-TutoV
 
2. Dr Wan Rafizah, Dr. Tg. Azmina, Dr. Nurul Ashraff, Dr. Nazaitulshila: SAFE
 
Tahniah diucapkan kepada semua! Warga PPKK sangat berbangga dengan pencapaian ini.
 

Portal UMT