PPKK – PSIS rancang kerjasama dalam akademik dan penyelidikan

8 Disember 2016 – Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) menyatakan hasrat mereka untuk menjalinkan kerjasama dengan Pusat Pengajian Kejuruteraan Kelautan (PPKK) UMT. Semasa lawatan ke PPKK, Pengarah PSIS, Hajah Norehan Md. Sharif turut mengemukakan cadangan kerjasama pembentukan Centre of Technology (CoT) yang memerlukan khidmat nasihat dan kepakaran yang ada di PPKK dalam membantu mereka ke arah merealisasikan CoT tersebut. Selain itu, peluang menyambung pelajaran dan kerjasama penyelidikan turut dibincangkan semasa pertemuan tersebut. Beliau bersama 6 orang pensyarah berada di UMT dalam rangka lawatan ke PPKK. Antara yang hadir ialah Dekan PPKK, Prof Ir. Dr. Ahmad Jusoh, Dr. Salisa Abdul Rahman, Timbalan Dekan (Bakat dan Penyelidikan), Dr. Ahmad Nazri Dagang dan Dr Hajah Noor Zaitun Yahaya.

#PusatPengajianKejuruteraanKelautan
#UniversitiMalaysiaTerengganu
#SoaringUpwards

Translate »
Portal UMT