Majlis Kenali Pusat Pengajian Kejuruteraan Kelautan 2016

whatsapp-image-2017-01-23-at-9-55-41-amPada 30 Ogos 2016 bersempena dengan Majlis Jalinan Mesra pelajar baharu sesi 2016/2017 UMT, satu Majlis Kenali Pusat Pengajian Kejuruteraan Kelautan (PPKK) telah diadakan. Majlis ini diadakan bagi memberi pengenalan kepada pelajar baharu terhadap struktur akademik program yang disertai, memperkenalkan sistem pengurusan pentadbiran pusat pengajian, memperkenalkan pegawai akademik dan pegawai sokongan setiap program serta program bersama mentor-mentee masing-masing. Pada sesi pengajian 2016/2017 ini, seramai 289 pelajar telah berdaftar di bawah Pusat Pengajian Kejuruteraan Kelautan. Daripada jumlah tersebut, seramai 99 orang pelajar telah berdaftar di bawah program Sarjana Muda Teknologi (Alam Sekitar), 84 orang pelajar telah berdaftar di bawah program Sarjana Muda Sains Gunaan (Fizik Elektronik & Instrumentasi),  70 orang pelajar telah berdaftar di bawah program Sarjana Muda Sains Gunaan (Teknologi Maritim) dan 36 orang pelajar telah berdaftar di bawah program Sarjana Muda Sains (Sains Nautika dan Pengangkutan Maritim).

whatsapp-image-2017-01-23-at-9-55-39-am
Yang Berbahagia Dekan PPKK, Prof. Ir. Dr. Ahmad Bin Jusoh sedang menyampaikan ucapan alu-aluan
whatsapp-image-2017-01-23-at-9-55-37-am
Yang Berbahagia Timbalan Dekan (Akademik & HEP) PPKK, Prof. Dr. Wan Mohd Norsani Wan Nik sedang menyampaikan ucapan
whatsapp-image-2017-01-23-at-9-55-38-am
Timbalan Pengerusi Program Sarjana Muda Teknologi (Alam Sekitar), Prof. Madya Dr. Mohamad Bin Awang sedang menyampaikan ucapan
whatsapp-image-2017-01-23-at-9-55-42-am
Sebahagian pelajar baharu PPKK sesi 2016/2017
whatsapp-image-2017-01-23-at-9-55-46-am
Sesi pelajar baharu (mentee) bersama mentor masing-masing
whatsapp-image-2017-01-23-at-9-55-48-am
Sesi pelajar baharu (mentee) bersama mentor masing-masing

Translate »
Portal UMT