Jalinan Kasih Kelab ENTECH

16640914_1308821185827534_840829400820324347_nTarikh : 18/02/2017

Masa: 6.30 pagi – 5.00 petang

Tempat: Rumah Anak Yatim PERKAYA, Marang, Terengganu.

Program ini dijalankan atas tanggungjawab sosial kelab untuk sama-sama membantu anak-anak yatim di Rumah Anak Yatim PERKAYA, Marang, Terengganu. Program ini disertai seramai 40 orang ahli Kelab ENTECH dan hampir 100 orang penghuni Rumah Anak Yatim PERKAYA.

Objektif program ini dijalankan adalah:

  • Mewujudkan satu bentuk kerjasama baharu di antara pihak kelab dengan pihak luar.
  • Menceriakan kawasan Rumah Anak Yatim PERKAYA untuk memastikan keselesaan penghuninya.
  • Mewujudkan pelajar yang cakna dengan golongan-golongan yang kurang bernasib baik.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah gotong royong, sesi latihan dalam kumpulan, sesi pengkomposan, sukaneka (roket air) dan beberapa lagi aktiviti lain. Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakam ketika program berlangsung.

whatsapp-image-2017-02-18-at-18-33-56-1

16681614_1308822569160729_2644182266247134334_n

whatsapp-image-2017-02-18-at-18-40-49-1

whatsapp-image-2017-02-18-at-18-40-51-1

 

Translate »
Portal UMT