Bengkel Perancangan Strategik Pusat Pengajian Kejuruteraan Kelautan Tahun 2017

PPKK telah mengadakan Bengkel Perancangan Strategik Pusat Pengajian Kejuruteraan Kelautan pada 2-4 Mac 2017 yang lalu bertempat di Resorts World Kijal, Kemaman. Seramai 34 orang staf akademik dan pengurusan telah menghadiri bengkel ini yang bertujuan untuk merancang aktiviti-aktiviti strategik PPKK dan berimpak tinggi untuk dilaksanakan pada tahun 2017. Selain daripada itu, bengkel ini diadakan bagi menyediakan anggaran kos penganjuran bagi setiap aktiviti yang dirancang berdasarkan kepada kemampuan kewangan PPKK dan juga menyelaras jadual aktiviti serta ahli jawatankuasa pelaksana yang akan menguruskan pelaksanaan aktiviti yang dirancang. Semua warga PPKK yang terlibat bagi keempat-empat program iaitu Program Sarjana Muda Teknologi (Alam Sekitar), Program Sarjana Muda Sains Gunaan (Fizik Elektronik & Instrumentasi), Sarjana Muda Sains Gunaan (Teknologi Maritim) dan Sarjana Muda Sains (Sains Nautika dan Pengangkutan Maritim) telah membentangkan bajet masing-masing dan kelulusan telah diberikan kepada program yang layak dan memenuhi keperluan pusat pengajian. Bengkel selama 3 hari 2 malam ini diakhiri dengan aktiviti riadah yang melibatkan ahli keluarga staf yang terlibat bagi mengeratkan silaturrahim sesama warga PPKK yang terlibat. Berikut adalah gambar yang sempat dirakam.

img_9477
YBhg Dekan sedang menyampaikan ucapan alu-aluan
img_9497
Kumpulan Program Sarjana Muda Sains Gunaan (Fizik Elektronik & Instrumentasi) 
img_9639
Kumpulan Program Sarjana Muda Teknologi (Alam Sekitar)
img_9649
Kumpulan Program Sarjana Muda Sains (Sains Nautika & Pengangkutan Maritim)
Kumpulan Program Sarjana Muda Sains Gunaan (Teknologi Maritim)
Kumpulan Program Sarjana Muda Sains Gunaan (Teknologi Maritim)
Dr. Anuar selaku Pengerusi Program Sarjana Muda Sains Gunaan (Teknologi Maritim) sedang menyampaikan pembentangan
Dr. Anuar b. Abu Bakar selaku Pengerusi Program Sarjana Muda Sains Gunaan (Teknologi Maritim) sedang menyampaikan pembentangan
img_9648
En. Mat Nasir sedang menyampaikan pembentangan bajet bagi JK Promosi Pusat Pengajian Kejuruteraan Kelautan
img_9687
YBhg Dekan menyampaikan Sijil Perakuan kelulusan menjalankan program kepada Pengerusi Program SMT (Alam Sekitar) iaitu Dr Asmadi b. Ali
img_9688
YBhg Dekan menyampaikan Sijil Perakuan kelulusan menjalankan program kepada Pengerusi Program SMSG (Teknologi Maritim) iaitu Dr Anuar b. Abu Bakar
img_9690
YBhg Dekan menyampaikan Sijil Perakuan kelulusan menjalankan program kepada Pengerusi Program SMS (Sains Nautika & Pengangkutan Maritim) iaitu Dr Ahmad Faizal b. Ahmad Fuad
img_9692
YBhg Dekan menyampaikan Sijil Perakuan kelulusan menjalankan program kepada Pengerusi Program SMSG (Fizik Elektronik & Instrumentasi) iaitu Dr Mohammad b. Ismail
img_9672
Sesi bergambar di akhir bengkel
img_9703
Sesi senaman pada hari terakhir bengkel
img_9756
Sukaneka di kalangan anak-anak staf PPKK
img_9766
Bergambar beramai-ramai sebelum pulang ke UMT

Translate »
Portal UMT