LATAR BELAKANG

Latar Belakang PPKK

Pengenalan

fakultipengajianmaritimdansainsmarinPeranan utama Pusat Pengajian Kejuruteraan Kelautan (PPKK) adalah untuk melahirkan graduan yang berketrampilan dalam bidang sains, teknologi dan kejuruteraan kelautan serta menjalankan aktiviti-aktiviti pengajaran, penyelidikan dan memberi khidmat yang berkaitan dengan bidang berkenaan seperti Sains, Teknologi dan Kejuruteraan, Teknologi Alam Sekitar, Maritim, Fizik Elektronik dan Instrumentasi serta Sains Nautika dan Pengangkutan Maritim. Penawaran program-program dalam bidang sains dan teknologi oleh pusat pengajian ini merupakan langkah pragmatik ke arah membangunkan sumber manusia yang bukan sahaja terlatih dalam bidang sains, teknologi dan kejuruteran kelautan, tetapi mampu bersaing, mempunyai jati diri dan akhlak mulia bagi menampung keperluan tenaga kerja yang baik untuk membina “Negara Perindustrian Baru, Yang Mesra Alam”. Program-program yang ditawarkan oleh PPKK sangat relevan dan diperlukan oleh industri yang berkaitan dengan sektor kelautan. Pada masa ini PPKK menawarkan 4 program pengajian pra siswazah dengan tempoh pengajian selama 6 hingga 8 semester (3 hingga 4 tahun).Program-program pengajian yang ditawarkan adalah seperti berikut:-

  1. Sarjana Muda Teknologi (Alam Sekitar)
  2. Sarjana Muda Sains Gunaan (Teknologi Maritim)
  3. Sarjana Muda Sains (Sains Nautika dan Pengangkutan Maritim)
  4. Sarjana Muda Sains Gunaan (Fizik Elektronik dan Instrumentasi)

Visi, Misi dan Objektif                                                                          

VISI

Ke arah kecemerlangan pendidikan dan penyelidikan bidang sains dan kejuruteraan kelautan serta alam sekitar yang lestari.

MISI

Memacu kemajuan bidang sains, teknologi dan kejuruteraan melalui penjanaan ilmu kelautan dan sumber alam yang lestari.

 OBJEKTIF

  • Menawarkan program pengajian akademik yang berkualiti tinggi dalam ilmu kelautan dan sumber alam untuk kelestarian sejagat.
  • Menghasilkan graduan yang holistik, bertanggungjawab, berilmu, berkeyakinan dan berketrampilan.
  • Membangunkan modal insan untuk kesarjanaan dan pemindahan ilmu kelautan dan sumber alam.
  • Menyediakan prasarana dan kemudahan yang lengkap dan terkini untuk
    menyokong aktiviti pengajaran, penyelidikan dan inovasi.

 

Struktur Organisasi

Direktori Pejabat Pentadbiran

Portal UMT