Program Sarjanamuda Sains (Sains Nautika Dan Pengangkutan Maritim)

Pengenalan

Program Ijazah Sarjana Muda Sains (Sains Nautika dan Pengangkutan Maritim) mula ditawarkan pada sesi Julai 2007/2008 setelah dipersetujui oleh Kementerian
Pengajian Tinggi Malaysia dalam mesyuarat Jawatankuasa Pendidikan Tinggi (JKPT) Bil 2/2006 bertarikh 15 April 2006. Program ini ditawarkan secara sepenuh masa dan mengambil masa selama empat (4) tahun atau lapan (8) semester yang merangkumi 140 jam kredit minimum untuk bergraduat. Program Ijazah Sarjana Muda Sains (Sains Nautika dan Pengangkutan Maritim) adalah satu bidang kepakaran yang berurusan dengan organisasi, operasi dan pengendalian kapal secara komersil. Program ini melahirkan graduan dengan kemahiran pelayaran dan perkapalan yang menjurus sebagai pegawai dek navigasi. Selain itu, program ini juga berkait rapat dengan kerja-kerja di bahagian pengurusan dan pentadbiran pelabuhan. Bidang sains nautika memberi penumpuan khusus meliputi Ilmu perkapalan dan pelayaran, pengendalian kargo dan kapal, peralatan komunikasi, kerja–kerja carta dan pengawasan, meteorologi serta undang-undang dalam bidang maritim untuk diaplikasikan semasa berada di atas kapal. Program ini, akan melatih pelajar memiliki kemahiran dan pengetahuan dalam bidang sains nautika bagi memenuhi kekurangan pelaut di atas kapal dagang yang berdaftar di Malaysia terutamanya dikalangan pegawai dan jurutera.

Objektif

Penawaran program ini adalah untuk mencapai objektif seperti berikut:

  1. Melahirkan graduan yang mempunyai pengetahuan luas dan mempunyai kemahiran teknikal dalam bidang sains nautika dan teknologi perkapalan masa kini.
  2. Menerokai segala ilmu dalam semua bidang yang berkaitan dengan Sains Nautika dan Pengangkutan Maritim melalui pembelajaran, latihan dan penyelidikan.
  3. Menghasilkan graduan yang berkelayakan untuk memenuhi permintaan dari sektor maritim samada di laut dan di darat.
  4. Melahirkan graduan yang holistik, berketrampilan, berfikiran kreatif dan inovatif serta berdaya saing dalam kerjaya dan penyelidikan berteraskan sains nautika dan berlandaskan perkembangan industri perkapalan masa kini.
  5. Melahirkan graduan yang berkelayakan untuk melanjutkan pengajian di peringkat ijazah lanjutan di bidang kepakaran yang sama di Universiti Malaysia Terengganu atau di institusi pengajian tinggi yang lain.

Prospek Kerja
Para graduan yang memilih kerjaya sebagai pegawai dek navigasi untuk kapal dagang, mereka mempunyai peluang amat luas kerana pada masa kini seluruh dunia memgalami kekurangan pegawai dek navigasi terutamanya yang mempunyai “Certificate of Competency“. Di Malaysia sahaja,syarikatperkapalan Malaysia terpaksa menguna lebih kurang 50% hingga 60% tenaga pegawai asing. Para graduan dilengkapi dengan kebolehan melalui latihan dalam aspek pengurusan,komunikasi, bekerja secara berpasukan, kebolehan penyelesaian masalah,rundingan dan keusahawanan. Ini akan membolehkan para graduan menjawat jawatan di dalam kumpulan professional dan pengurusan dengan agensi kerajaan atau swasta seperti Jabatan Laut, Agensi Penguatkuasaan Maritim, Lembaga Pelabuhan, Syarikat Perkapalan dan Pelabuhan, Badan Klasifikasi dan lain lain.Di samping itu juga mereka mampu mengendalikan agensi perniagaan dan perkhidmatan secara persendirian seperti khidmat perundingan, pembekalan peralatan perkapalan dan pelbagai khidmat dalam sektor perkapalan.

Translate »
Portal UMT