Pengenalan SMSG (Fizik Elektronik dan Instrumentasi)

UMT/PPKK/FEDI

Program Sarjana Muda Sains Gunaan (Fizik Elektronik dan Instrumentasi)


Program Sarjana Muda Sains Gunaan (Fizik Elektronik dan Instrumentasi) menawarkan program pra siswazah yang memacu bidang fizik, elektronik dan instrumentasi. Di dalam program yang ditawarkan, pelajar berpeluang mempertingkatkan pengetahuan dalam bidang fizik, elektronik dan instrumentasi sekaligus memantapkan kemahiran mereka dalam mengaplikasikan asas pemahaman fizik, elektronik dan instrumentasi dalam pelbagai bidang dan situasi dengan menekankan penyelesaian masalah, penyelidikan dan pembangunan. Dengan latarbelakang ini, ianya akan memudahkan graduan untuk melangkah ke alam perkerjaan yang pastinya lebih mencabar. Graduan akan lebih mudah untuk membiasakan diri serta dapat berkerja dengan efektif dan cemerlang. Para pelajar juga dilatih mengaplikasikan penggunaan instrumentasi yang efektif dan teknik-teknik terbaik dalam meyelesaikan masalah saintifik, sekaligus mempelajari kaedah pengumpulan data dan menganalisis keputusan. Pelajar juga dikehendaki menyempurnakan latihan industri melalui penempatan di agensi-agensi swasta dan kerajaan yang berkaitan. Pelajar tahun akhir pula dikehendaki menjalankan projek penyelidikan secara individu penyelidikan dan pembangunan dan mengukuhkan lagi pemahaman serta aplikasi konsep fizik, elektronik dan instrumentasi.

Objektif

Penawaran program ini adalah untuk mencapai objektif seperti berikut:

  1. Menawarkan program ijazah sarjana muda sains/ sains gunaan dalam bidang fizik, elektronik dan instrumentasi serta bidang-bidang fizikal lain yang berkaitan.
  2. Melahirkan graduan yang mempunyai pengetahuan luas yang berasaskan fizik, elektronik dan instrumentasi yang kukuh dan mantap untuk berkhidmat di sektor swasta dan awam.
  3. Mengeluarkan graduan yang mempunyai kemahiran teknikal dan pengurusan bagi memberi perkhidmatan kepada industri untuk meningkatkan pembangunan dan kemajuan masyarakat dan negara.
  4. Menghasilkan para graduan yang syumul dan dapat menyumbang kepada pembangunan agama, bangsa dan negara selaras dengan visi, misi dan matlamat UMT.

Prospek Kerja

Graduan daripada Program Sarjana Muda Sains Gunaan (Fizik Elektronik dan Instrumentasi) mempunyai peluang kerjaya di dalam agensi kerajaan dan swasta. Graduan daripada jabatan ini boleh bekerja sebagai Pensyarah (Universiti,politeknik, Matrikulasi, Kolej Swasta), Guru (Fizik, Matematik, Senireka, dll),Pegawai Penyelidik/ Pegawai Sains (Institut Penyelidikan), Jurutera Bahan/Saintis Bahan, Ahli Fizik, Pengurus Teknikal (Elektronik/Instrumentasi), Jurutera Kualiti, Jurutera R&D, Ahli Perniagaan, Pengawal Trafik Udara dan lain lain lagi.

Translate »
Portal UMT