Pengenalan MaxG

Pengenalan 

Maritime Expert Generation (Max-G)

Sejarah penubuhan kelab Maritime Expert Generation adalah bermula sejak tahun 2006. Kesemua pelajar yang melanjutkan pelajaran dalam program Teknologi Maritim secara automatik merupakan ahli untuk kelab MAX-G.

Program Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Teknologi Maritim) mula ditawarkan pada sesi Julai 2006/2007 oleh Jabatan Teknologi Maritim, Fakulti Pengajian Maritim dan Sains Marin, bertitik tolak daripada kelulusan mesyuarat Jawatankuasa Pendidikan Tinggi (JKPT) Bil 2/ 2006, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia pada 15 April 2006.

Pada tahun 2007, lanjutan daripada penubuhan Malaysia Qualifications Agency (MQA) yang berobjektif untuk melaksanakan Malaysia Qualification Framework (MQF) serta mengambilkira cadangan Jabatan Pengajian Tinggi (JPT) dan keperluan industri, maka usaha penambahbaikan dan pemantapan program telah dibuat.

Program ini ditawarkan secara sepenuh masa dan mengambil masa selama empat (4) tahun atau lapan (8) semester yang merangkumi 140 jam kredit minimum untuk bergraduat.Tiada lagi program lain di Malaysia yang menawarkan program seperti ini. Bidang Teknologi Maritim merupakan bidang yang memfokuskan pengajian kepada penggunaan teknologi, operasi, proses dan sistem yang digunakan dalam sektor industri maritim. Program ini dirangka khas untuk melahirkan graduan yang akan mengembangkan ilmu, menyumbang kepakaran untuk berkhidmat dan menerajui syarikat perkapalan, limbungan, pembinaan kapal dan agensi kerajaan berkaitan industri maritim di dalam dan di luar negara.

Kini sesi 2016/2017,  Dr. Anuar Bin Abu Bakar merupakan pengerusi program untuk Teknologi Maritim dan Profesor Madya Ir. Dr. Eng. Ahmad Fitriadhy adalah merupakan penasihat untu kelab MAX-G.

 

Translate »
Portal UMT