Pengenalan entech

Pengenalan 

untitled

Environmental Technology Club (ENTECH)

Kelab Teknologi Alam Sekitar (ENTECH) adalah merupakan salah sebuah kelab akademik yang ditubuhkan di Universiti Malaysia Terengganu bernaung dibawah Pusat Pembangunan Holistik dan Kaunseling Pelajar (PPHKP) dan Pusat Pengajian Kejuruteraan Kelautan (PPKK). Ahli kelab ini keseluruhannya terdiri daripada pelajar tahun satu hingga empat Sarjana Muda Teknologi (Alam Sekitar). Sehingga Disember 2016, jumlah ahli kelab ini adalah seramai 409 orang. 

Antara tujuan kelab ini ditubuhkan adalah untuk membantu pelajar Sarjana Muda Teknologi (Alam Sekitar) untuk menjalankan aktiviti/program berbentuk ilmiah, kesukarelawan, sosial, alam sekitar, dan keusahawanan. Kelab ini merupakan antara kelab yang paling aktif menjalankan aktiviti berkaitan alam sekitar di Universiti Malaysia Terengganu. Program seperti Beach Clean Up dan Bring Your Container Day adalah antara contoh program yang menunjukkan kepekaan Kelab ENTECH mengenai isu-isu alam sekitar yang berlaku dasawarsa ini.

MOTO KELAB

“EMPOWERING TECHNOLOGY IN ENVIRONMENT”

OBJEKTIF KELAB

  1. Mewujudkan pelajar yang komprehensif melalui aktiviti yang berteraskan pendidikan, sosial, kesukarelawan, alam sekitar dan keusahawanan.
  2. Mewujudkan hubungan yang mesra antara pelajar Sarjana Muda Teknologi (Alam Sekitar).
  3. Menjaga kebajikan pelajar Sarjana Muda Teknologi (Alam Sekitar).

LOGO KELAB

Lambang tiga daun di bahagian tengah lambang menunjukkan kepekaan kelab terhadap tiga unsur alam sekitar iaitu air, udara dan tanah. Skru melambangkan konsep teknologi yang telah diterapkan dalam proses pembelajaran ahli kelab yang keseluruhannya merupakan pelajar Sarjana Muda Teknologi (Alam Sekitar).

LAGU KELAB ENTECH

Alam Sekitar Milik Semua

Bersama-sama, Memeliharanya

Kami Warga ENTECH UMT,

Berikrar dan Bertekad,

Akan Menuntut Ilmu,

Sedaya upaya.

Untuk menjayakan,

Matlamat agama,

Bangsa dan juga negara,

Demi alam sekitar.

Alam Sekitar

Tanggungjawab kita

Semoga ia

Terus terpelihara

Ditanah air kita

Di bumi tercinta

Translate »
Portal UMT