Pengenalan KEMAFIZ

Pengenalan

Kelab Mahasiswa Fizik (KEMAFIZ)

Kelab Mahasiswa Fizik (KEMAFIZ) adalah merupakan salah sebuah kelab akademik yang ditubuhkan di Universiti Malaysia Terengganu bernaung dibawah Pusat Pembangunan Holistik dan Kaunseling Pelajar (PPHKP) dan Pusat Pengajian Kejuruteraan Kelautan (PPKK). Ahli kelab ini keseluruhannya terdiri daripada pelajar tahun satu hingga tiga Sarjana Muda Sains Gunaan (Fizik, Elektronik dan Instrumentasi). Sehingga Disember 2016, jumlah ahli kelab ini adalah seramai 300 orang.

Antara tujuan kelab ini ditubuhkan adalah untuk membantu pelajar Sarjana Muda Sains Gunaan (Fizik, Elektronik dan Instrumentasi) untuk menjalankan aktiviti/program berbentuk ilmiah, kesukarelawan, sosial, alam sekitar, dan keusahawanan.

Translate »
Portal UMT