UCAPAN ALUAN DEKAN

Ucapan Aluan Dekan 

Pusat Pengajian Kejuruteraan Kelautan

dekan-2-copy

SELAMAT DATANG KE

PUSAT PENGAJIAN KEJURUTERAAN KELAUTAN

Salam sejahtera,

Saya dan seluruh warga Pusat Pengajian Kejuruteraan Kelautan (PPKK) mengalu–alukan semua yang sudi meluangkan masa mengunjungi laman sesawang PPKK ini. PPKK ditubuhkan pada Disember 2013 merupakan salah sebuah Pusat Pengajian yang terdapat di UMT. Pada masa ini, PPKK menawarkan 4 program pengajian di peringkat Sarjana Muda dan pengajian peringkat pascasiswazah, iaitu Sarjana dan Ph.D. Bagi menyalurkan pelbagai maklumat mengenai PPKK, laman ini akan berfungsi sebagai “One Stop Information Centre” buat semua pembaca laman ini. Pelbagai maklumat rasmi dan berita mengenai program pengajian, aktiviti pelajar, ahli akademik, penyelidikan akan dimuatnaik dan dikemaskini dari masa ke semasa.

Kami di PPKK sentiasa komited untuk menyediakan maklumat yang terkini bagi memudahkan pencarian berdasarkan keperluan semasa. Dengan adanya paparan yang berinformasi di sini, ia diharapkan boleh dimanfaatkan oleh semua dan kami sentiasa bersedia untuk membantu para pelajar atau bakal pelajar untuk mendapatkan maklumat yang khusus. Semoga apa yang ada di sini mampu menyediakan maklumat berguna kepada para pengunjung dan menjadi rujukan untuk semua tujuan dan urusan rasmi.

Wassalam,

“Soaring Upwards”

PROF. IR DR. AHMAD BIN JUSOH

DEKAN, Pusat Pengajian Kejuruteraan Kelautan

 

Translate »
Portal UMT